Followers

Friday, March 30, 2012

Kad Majlis Perkahwinan Lelaki Geek Opsssss....




Assalamualaikum....

Opsssss bukan lelaki geek ya nak kahwin,tapi kawan blogger hebat dan pamousss kita yang 

akan berkahwin yahooo!!..dapat makan nasi minyak..

tahniah buat Fauzi & Zaihazra


sebenanye aku suka kad jemputan dia ni cantik,siap aku bagi alamat ok dekat pojie
sebab nak kad jemputan..

dengar citer kad jemputan ni untuk vvip je ke?GOSIP~



P/s apa2 pun tahniah untuk dua pasangan ni,insyallahh kalau tak apa2 aku pasti datang...

Thursday, March 29, 2012

Aku Tension,Aku Frust??




Assalamualaikum..

anda tension?anda frust?
jum aku ajar macam mana nak hilangkan benda2 jadah yang tak berfaedah ni...

tipu la kalau ada manusia yang tidak pernah mengalami perkara2 yang dekat atas tu
mesti ada bukan??

jadi aku nak ajar macam mana nak atasi benda2 ni semua,
ye saya pernah lalui ini semua....

walaupun aku baru nak kenal erti tension,frust,bengang,sakit hati dan sebagainye....
"walaupun"kan!!....

ok panjang kan karangan aku?comfirm straight A 
kau mampu.....

ok cara pertama atasi masalah sebergitu hanya anda saja yang mampu,orang lain tak mampu lakukan untuk anda paham?


ye dengar baik2....KOREK HIDUNG!! sekarang anda tension,frust tak?



Frust?ko nak frust sebab putus cinta ke??kalau nak frust pun jangan nak sampai bunuh diri tak baik, dose masuk neraka nanti...

kalau frust cuba kita jauhkan diri dengan fon,labtop,dan sebagainya...benda2 sebergitu boleh buat anda frust....

tak pun korang pergi jela cari scandal baru larikkk!!!.........



P/s Setiap apa yang berlaku pasti ada jalan penyelesaian,jangan risau dan jangan takut wahh gitu pandai aku main kata2 cair bukan erkk....

Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday ZAMIDIE




Assalamualaikum...

ZAMIDIE ok tak?suka2 je kan aku letak nama ni..best apa!!



Lelaki Geek Pilihan InTrend Edisi April 2012



Assalamualaikum...


Alhamdulillah....Alhamdulillah...Alhamdulillah.....

Akhirnye,blog lelaki geek berada di ruangan klik dan blog untuk majalah intrend wauuu terharunye rasa acehh... erkkk..

Thanks kepada Aura Kasih,orang 1st bagi tahu kemunculan blog aku dalam intrend..


Ya allah,saat2 yang aku tunggu telah pun tiba...
Tak sangka gilak! Gilak! Yang blog aku telah telah terpilih menjadi blog pilihan intrend
Pada bulan April..






P/s Thanksss INTREND kerana sudi pilih blog Lelaki Geek dan thanksss juga kepada mereka2 yang sudi view blog lelaki geek yang hapak ni yee....erkk,jangan lupa dapatkan majalah intrend bulan april punye...beli jangan tak beli....

Saturday, March 24, 2012

Zamani Dan Syarifah Zarina



Assalamualaikum...


ah ah ah..lagu ni best sila dengar,aku dah tergila2 plak dengar lagu ni....


suka je telinga aku dengar...berjoget2 tahik telinga aku kan!! erkk....
macam dangdut pun ada....



Penyanyi untuk lagu Tak Keruan_zamani dan Sharifah Zarina..
Lama jugak tak dengar citer si sharifah zarina..mana ye berliau menghilang??


apa2 pun jum layan lagu ni....comfirm best!!

Friday, March 23, 2012

Wordless Malam Jumaat II,Thanks GAOL.FM


Assalamualaikum..



kalau nak tahu lebih lanjut tentang gaol.Fm boleh la singgah ke GAOL.FM-Apa Lagi Ko Nak!!
Jum Kite kenali Radio Online Ini Dan Selamat Mendengar....






P/s Insyallahh saya akan try datang,Thanks Chemat SUdi Invite Ke GAOL.FM hargai gila2

Wednesday, March 21, 2012

Kek Secret Recipe Semua Free!!! Di Sini...




Assalamualaikum...

hidup nyawa korang kalau dengar free kan??
erkk xde maknye nak bagi free...


kalau nak free pun.
aku mampu bagi sebuah gambar yang dihiasi oleh pelbagai kek secret recipe mau?


Secret Recipe?,sapa yang tak pernah makan lagi,harus try


percaya atau tidak,kek dari secret recipe ni ramai yang suka makan,aku tak tahu kenapa?
kenapa ye?sedap ke?


harga pun sodap...


aku pun suka makan,lagi2 Pecan Butterscotch,kalau makan pun sebulan sekali agaknye,
ntah2 setahun sekali pun tak pernah...erk...

My FAV!!my fav!!
Pecan Butterscotch

Chocolate Banana


 Black Forest
Choco Mud Cake

 Chocolate Chip Walnut


 Chocolate Indulgence
 Moist Chocolate Cake

Tiramisu

Lelaki Atau Perempuan Yang Kerap Makan Kek Secret Recipe??


Kek Pilihan Untuk Wanita?


Kek Pilihan Untuk Lelaki?


Owhhh Solan Meraban,baik la selamat menjamu selera dengan kek aku buat ni...
pastinye aku buat semuanye sodap2...erk...

Syed Shamim Digilai Gadis2 Malaysia




Assalamualaikum..


SYed Shamim Sapa yang tak kenal berliaun kan!!..
dulu shamim ni ada bawa kan lagu bengang yang dinyanyikan oleh akim af7


dan kali ni shamim menyanyikan lagu i stalk your profile...wauu!!!...
best suara dia kali ni...4bintang


yang lagu akim dulu kureng sikit,sebab berliau tak sehat kan?


apa2 pun jum layan lagu ni best wokk!!...
suara pun boleh tahan,kalau gadis2 dengar ni mesti cair...."gatal leteeww"




P/s teruskan usaha anda,dalam bidang yang disukai oleh anda acehh...,boleh pergi jauh budak ni hope
berjaya dimasa akan datang...

Monday, March 19, 2012

Sayang BFF Anda?? F.A.F.A



Assalamualaikum..

anda sayang BFF anda?mesti sayang kan??....


saya pun sayang BFF saya terutama F.A.F.A
iaitu Faradiela,Amir Naufal,Fiq Fikri Dan Acha Mahfar 

erkk nama aku pun ada sekali,pun boleh la...


ACHA MAHFAR 

selama aku kenal Acha,dia ni seorang yang sangat manja sweet je kan...
kuat merajuk!!Fakta huhuuh....

Freelance modeling,dan isteri kepada mohd ridzuan...

tak lama lagi,acha akan mendapat cahaya mata,tak sabar menanti kelahiran
anak sulung cahcah...



AMIR NAUFAL NA

amir naufal yang sangat baik hati,suka menolong orang...percaya atau tidak
kawan la sama berliau,dan jangan pergunakan berliau dengan keperrihantin yang dia ada

amir naufal sila bagi aku rm100 sebab aku dah puji kau erkk...

Freelance Photographer,sejak akhir2 ni amir mendapat job wedding yang bilangan boleh tahan,tahniah amir....

permulaan agak baguss...



FARADIELA MOKHTAR

gadis ayu dari kampung morten,ayu je kan.....
fara seorang yang sangat sporting,ajak lepak on aje.....

seorang yang garang,rasanye la....takut mak ok..

freelance modeling

saya doakan faradiela mendapat banyak job modeling,semenjak 4 menjak ada job untuk fara
tahniah rara..

bakal berkahwin pada tahun ini insyallahh...dan berpindah ke KL...


BBF JUgak!! I like...







p/s sayang semua....huk huk huk 

Sunday, March 18, 2012

Lelaki Pandai Masak??




Assalamualaikum...

suami anda tak pandai masak?atau boyfriends anda yang tak pandai masak?
cinfius aku sekejap erkk....

baik la,
ada yang cakap perempuan yang pandai masak,sesuai buat isteri betul kan?
isteri soleha katakan......

abis kalau lelaki yang pandai masak macam mana plak??
sesuai buat suami ke?haishhh....

sudah sudah jangan nak membebel sangat la.....


lelaki yang pandai masak?wahh gila hebat,aku bangga jadi seorang lelaki "tetibe"

tak salah kalau lelaki pandai masak,jangan nak pandang serong sangat la
pada jejaka yang pandai masak,

golongan2 macam ni ada banyak kelebihan..

dan ada segelitir manusia2 dah mula pandang serong dekat jejeka yang pandai masak...
cakap itu la cakap ini la,yang cakap bukan2 tu ada ke kelebihan memasak???

tak kan??
so selamat belajar memasak....



p/s Aku tak pandai masak so aku kena belajar la kan??aku pandai makan je...

Friday, March 16, 2012

John Carter BEST 4.8



Assalamualaikum...


ah ah ah aku sudah lama rancang nak pergi menonton john carter tapi tak kesampaian...
asal nak pergi tengok je cancel..

dan malam semalam sudah kesampaian untuk menonton john carter...

macam2 pandangan aku dapat dari budak2 Fb ada yang cakap tak best,ada yang cakap
boleh la,ada yang cakap best gila...

poning!! 
jadi aku buat keputusan pergi tengok sendiri lagi baik kan?erkkk...

Part Yang Menarik

ternyata cerita John Carter dapat memikat hati aku yang halus ni dan sangat2 puas hati, berbaloi..!!!
erkk legaa dapat tengok.

banyak aksi yang best,ada jugak sedikit komedi,ada romatik2,dan ada part yang sedih2
perfect!! cukup rasa vavavava....~

kisah cinta antara planet marikh dn Bumi so sweett...terharu gila kalau tengok
ending dia pun boleh tahan menarik...



p/s moral of the story jangan lupa saksi kan John Carter di pawagam yang berdekatan 4.8bintang

Thursday, March 15, 2012

Contest Gambar Suddenly



Assalamualaikum...

sapa yang tak kenal blog Areed Amier??berliau adalah penganjur Contest Gambar Suddenly
yang aku nak join sekarang...


blog berliau ni agak baru,dah boleh buat contest macam ni,percaya tak?
aku pun tak buat contest lagi....Haisshhh

"takut tak ada orang nak join"

apa lagi sokong la areed ada kesungguhan nak blog dikenali...

tahniah areed...

jadi gambar yang di pertaruhkan oleh aku hanya 4 sahaja,4 je tak banyak...

Candid 1

 ni time karok,tak perasaan ada paparazi snap muka aku ni ahaikk erkk
tak sempat nak pose...


Candid 2

ni pun tengah karok jugak ,time ni tengah joget2 dengan berlatarkan lagu raya gitu...


Candid3

Aiyoo siti nurhaliza time datang dekat melaka,sempat aku shoot dia banyak2,
ala2 dia sedang pening gitu gambar ni....


Candid 4

time ni tengah lintas jalan nak pergi mohkota prade,snap punye snap aku dah nampak macam nenek gergasi dah jalan
haishhh....

kalau sesiapa yang nak join boleh la click JOIN dan hantar ke no 999

aku nak tag 

&

Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday III



Assalamualaikum...



Ahmad Bin Hassan 66 Tahun
&
Rokiah Binti Sa'adun 57 Tahun




P/s Jangan La Persia2 Kan Hari Tua Mereka dan Saya Sayang Mereka,ekk ek Mudanye Bapa Saya Kacak Lagi..

Tuesday, March 13, 2012

Macam Ahmad Jais Tak??



Assalamualaikum...

Macam Ahmad jais apa bendaa!!ahmad tu nama bapak aku jaiss tu bukan yee...
harap maklum...

ah tiap2 minggu ada ja aku nak kongsi gambar kan!! mesti yang tengok
tak tahu nak komen apa,

ada yang sampai muntah hijau berdarah lagi..ye la  siapa la diriku ini......

Shoot1

tempoh hari,aku di offer oleh seorang pelajar dari UNITI untuk
menjadi talent program..

OUTING 1 DESTINASI |1 GAMBAR |SEJUTA CERITA


Tema : Klasik 60an

Talent :Afidah Bee & Fiq Fikri

Lokasi :Bandar Melaka



Shoot2

Suasana yang agak panass dan best....
sebab photographer2 yang shoot time tu pun semua girl2 kecuali amir naufal

Thank jugak kepada Team Ruby NoahPhotographer

Shoot3

Shoot4

Shoot5

Shoot6

Shoot7

Yeahh ni dia model wanita baru,selalu faradiela mokhtar je kan ...kali ni
bersama Afidah Bee,

yang cantik cemek molekk.adoii ai..

Shoot8


P/s Klasik 60an nak tengok lagi gambar??singgah page Amir Naufal Photography dan tak lupa juga singgah di Page Lelaki Geek yang penuh infomasi masa kini ahahahah erkkk...bye..

Monday, March 12, 2012

HERO Remaja 2011/2012



Assalamualaikum...

tahniah buat hero2 malaya yang dapat top25,yang dapat masuk ni
comfirm yang hebat2..

yang tak berjaya masuk top25,next time cuba lagi,mungkin tak ada rezeki kan!!untuk tahun ni...



P/s Gud luck H Adam Aizat,NazrieEf Nazri dan Dann Ariff 

Sunday, March 11, 2012

Thanks NUFFNANG




Assalamualaikum..


Alhamdulillah,
Thanks Nuffnang kerana sudi Beri aku sedikit wang saku untuk bulan ini...


ahh macam beribu je aku dapatkan..


cuba bayangkan aku dapat beribu2 dari nuffang?????
aku nak simpan dalam tabung,simpan untuk hari susah nanti acehh.......


apa2 pun thanks nuffnang...


ni 1st time aku dapat bayaran dari nuffanang..teruja gila monyett aku..erkk






p/s Hope lepas ni dimurahkan rezeki lagi amin....

Saturday, March 10, 2012

Hati Sapa Kosong?Sini Ubatnye....



Assalamualaikum..


Jum Dengar lagu Kosong_Najwa latif,l


agu ni buat aku rasa sudah jatuh cinta...
sebelum2 ni lagu najwa latif aku tak berapa nak minat sangat....


dan lagu ni buat aku jadi minat plak kan!!..best bangat okeeyy tak tipu....


ingat nak buat video,nyanyi lagu ni la mesti sedap sore aku bila dengar ahahha erkk...
sumpah aku tak tipu...

P/s Love u Adek Najwa :)

Thursday, March 8, 2012

Header Lelaki Geek Yang Terkini



Assalamualaikum..

Header bday boy...

yang terbaru dan yang terkini lebih hangat dari biasa...






P/s kalau aku nak buka harga buat header ada tak yang nak order...just asking..ahaha erkk

Tuesday, March 6, 2012

Black Widow & Superman



Assalamualaikum...

Ah cak cak cak...Tajuk kali ni ala2 marvel gitu kan....

yang sorang black widow dan lagi sorang superman..."katannye la kan"

kali ni photoshoot bersama fina Af9,sebenanye aku tak tahu dia nak buat apa sama gambar ni semua..

mungkin untuk portfolio dia atau untuk album terbaru dia acehh...erkkk

macam biasa photographer dia adalah Amir Naufal Photography

Location: Melaka la kan...

Shoot1

nak di ikutkan fina nak kan 3orang model lelaki..

last minit hari tu dia tak jadi nak guna 3 orang model lelaki...
dan dia hanya nak sorang sahaja,iaitu aku la jejaka tersebut....superman kata kan..

Shoot2

rasa puas hati tak kalau tengok gambar ni??complain sikit....plzz..


Shoot3

memang terbaik la,black widow sangat ...

Shoot4

Shoot5

Shoot6

 Shoot7

Shoot8


 apa macam ok tak gambar kali ni?kalau rasa okey dan berpuas hati..boleh la guna perkhidmatan amir naufal photography..dijamin HALAL...


p/s Thanks kepada yang menjaya kan photoshoot kali ini...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...