Followers

Wednesday, August 10, 2011

Ketagihan Drama Melayu




Sapa suka tonton citer kasih alia??di slot akasia TV3
mesti ramai yang suka kan lagi2 suami isteri yang buat citer tu jinngoo dan isteri dia
shila rusli ketuk ketuk ramadhan :)

Drama-drama sekarang memang menarik untuk ditonton,kalau dulu2 aku suke tengok
citer indonesia,tapi cam tak berbaloi jew kalau tengok citer die pusing2 lepas tu citer dah ke sampai
anak cucu pun tak tamat2 lagi..dulu ketagih la skung
no way!!! mlz mau tengok...

 Sekarang boleh dikatakan ketagih pula nak tengok drama drama melayu
almaklum la bulan puasa tengok yang baik2 je la...

lagi pun cter melayu sekarang mmg banyak memberi keinsafan 
dan kesedaran cehhh..

Drama ramadhan terahir pun best aku paling suka tengok!!
kol 10.30pm mesti dah ade depan tv siap berair milo dan biskut kering
citer tu pun banyak bagi pegajaran,dan pembelajaran


tak sia2 astro kene potong,dekat tv3,tv2,tv1,tv9,tv8,tv7 banyak citer yang best2
sokong la drama2 melayu di malaysia:)


                                     Sinopsis Kasih Alia Slot Akasia TV3

Kasih Alia mengisahkan konflik dalam keluarga yang berpoligami. Sheila Rusly sebagai isteri pertama mempunyai anak iaitu Qausar dan Yatt (kakak Qausar). Manakala Zairina Zainoordin sebagai isteri kedua. Qausar (lakonan Shaarnaz) sebagai anak bongsu kepada Shiela Rusly dan abang tiri kepada Alia (lakonan Fida). Feeya seorang pelakon baru akan memegang watak sebagai Intan iaitu seorang yang agak jahat dan gedik. Kisah di dalam drama ini diisi dengan babak sedih, lucu dan penuh kasih sayang. Fida juga akan menyanyikan lagu OST dalam Kasih Alia, bertajuk Teriakan Kalbu.

   

                                        Sinopsis Ramadhan Terakhir Samarinda TV3


Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik  HIV dan mempu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.
Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.
Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...